Assalamualaikum.
Wahai hantu cheese tart semua, sila cuba makan Hokkaido baked cheese tart ini.
Aku suka cheese tart, tapi biasa makan yang blueberry cheese tart & strawberry. Yang kosong-kosong ni sedap jugak tapi kalau ada blueberry macam lagi gempak kan. Hiks!
Tapi partner aku- hantu cheese tart. So bila kitorang keluar tanpa hala tuju last week, nak pegi makan tapi semua kedai penuh. Yang aku paling heran ni, kedai Hokkaido Baked Cheese Tart ni. Jual cheese tart je pon, tapi orang yang beratur tu kan, fuuuh. Panjang. Melayu Cina India & kaum yang tak dapat dikenalpasti pon ramai. Bakery lain pon macam nak isytihar perang cheese tart bila tiba-tiba ada kaunter kecik depan bakery yang letak cheese tart sahaja. Padahal banyak lagi roti-roti & kuih muih diorang. Saje je kan. Ada lagi kedai lain yang jual cheese tart, pakej siap sekali cheese cake. Tapi tak ada pulak beratur macam nak mintak sign Lee Min Ho.
Tapi berbekalkan secebis ketabahan, dan sebab hidung dah kembang kempis kembang kempis sebab bau cheese tart ni menggoda gila, kitorang join beratur. Berbaloi!
Oi, tutup mulut. air liur dah nak meleleh tu!
And the best thing about the tarts, they can be eaten in many ways!
1. Room temperature
2. Chilled- Refreshing
3. Frozen- creamy like ice cream
4. Hot- reheat in oven at home.
I wonder who can be patient to make it frozen sedangkan kalau kat room temperature je laju orang makan. nak tunggu beku bukan 10 minit. Kalau kat kampung, bukak fridge je dah hilang adik-adik bantai sampai habis tak sempat sejuk pon. kehkehkeh~
Picture from : Facebook
Kat mana?
AEON Mall Tebrau City (New Wing Centre Court) Lot G118 Ground Floor.
Selamat mencuba! (dan selamat beratur! hiks!)
Till then,
Thank you for reading this entry!
hani shubie
Assalamualaikum.
Aku selalu sangat mengidam makanan Korea, tapi tempat nak dapatkan halal korean food kat Malaysia ni limited sangat-sangat. Kalau dah ke Seoul Garden tu maknanya mengidam habis lah tu. Tapi seoul garden mana ada tteokbukki, Kimchi jiggae segala bagai kan.
Nak masak korean food ni pulak, bahan-bahan limited. Mana nak cari Gochujang (Korean Chili Paste) kalau tak ke supermarket. Tu pon bukan semua supermarket ada. Tapi kalau ada pon, tak ada logo Halal. Gigih juga aku mencari resipi Gochujang ni, tapi lagi complicated je nak ke kedai mencari bahan yang betul. Sini kan Malaysia, belacan banyak lah :')
Kadang-kadang tengah kerja, aku take 5 kejap bukak la facebook. Kemain korang ya share video masak-masak Korea. Pastu aku terjebak tengok semua sambil telan air liur, sampai nak take 5 jadi take 30 minit dah. Boom shakalaka betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)