Assalamualaikum.
Sejujurnya, walaupon aku ni selalu makan, aku tak pernah lagi tengok gambar Mee Besen ni. jadi masa adik aku cakap "Mee Besen", I was like, "Mee? Besen? oi ape tu?". Adik aku pon explain la yang mee besen ni sejenis mee sup, nama dia mee besen sebab dia hidang dalam bekas besar mcm besen (correct us if we're wrong). Aku : imejin makan mee dalam besen plastik warna pink yg jual kat kedai RM2.12 tu. 😅 unik jugaklah kan. kahkah.
bukan besen plastik ya kawan-kawan
Mee besen!
Mee boleh pilih, sama ada korang nak mee kuning, mee halus, kuey teow, mee soya. kiorang pilih kueyteow.
Masa kitorang datang tu time cuti CNY, mmg dah jangka akan ramai gila beratur tapi aku selaku driver (kuasa paling besar selepas ibu kah kah kah), berkeras nak beratur gak sebab alang-alang dah sampai Melaka. (sebenarnya aku malas nak cari tempat lain sebab jalan jem zzzz)
tak panjang, tak ramai pon. hahaha *cries
Alhamdulillah, setelah beberapa minit (tipu) beratur, kami dapat meja gak. sadly, masa tu abang kedai kata tinggal mee besen je. Talam western dah habis. takpelah, sapu je, janji perut diisi. Tapi budak Aisyah cakap kat abang kedai, "kot-kot kalau tiba-tiba ada lebih yang talam western tu, abang bagitahu ya. Kami nak. Kalau tak ada takpe".
sampai je mee besen, abang kedai berlari-larian datang (tipu lagi), "dik, ada lagi satu je talam tu extra. nak tak?". whoa! terus campak sudu mangkuk kecik mee besen sebab excited. Finally dapat merasa both mee besen n talam western. Nasib kitorang baik jugak tau, walhal 3-4 kali pusing sebab sesat padahal dah pakai Google Maps & Waze. Kalau lambat lagi, mesti dah melepas hehehe.
grilled chicken dia shedap, sherius.
Okay, time for an honest review.
Mee Besen: 4.0
Talam Western: 4.3
Price : Murah sebab portion memang besar.
Layanan worker: 5.0
Mee besen dia sedap, cukup rasa, tp nak kata paling kill tu belum lagi tapi sedap. Talam western tu pulak pasta kureng sikit. Bukan tak sedap, cuma belum tahap umph lagi, fries takyah review laaaaa hahaha, grilled chicken sedap sangat (serius!), meatball pon gravy sedap (help, terliur semula TT~TT).
Layanan worker? Serius sangat friendly, sangat okay, paling aku suka sebab diorang selamba tapi bukan kurang ajar. masa beratur ada worker ni dtg n tanya nak makan apa. sbb nak kira cukup ke tak kan, smpai turn orang belakang2, tak cukup stok dah. ada jugak yang marah-marah abang tu tapi dia elok je senyum mintak maaf, n cakap yg worker lain pon tak makan lagi dari petang so harap sgt kitorang sabar.
menu? nah!
hasil curi dari : Facebook Mee Besen Ori Melaka
hasil curi dari : Facebook Mee Besen Ori Melaka
Mee Besen Ori Melaka
No. 17, Jalan PNDD 1, Pusat Niaga Durian Daun, 75200 Melaka.
Open 3.30 pm to 10.00 pm
Close on Monday.
010-273 7895
Till then,
Thank you for reading this entry!
hn
Subscribe to:
Posts (Atom)