Mak Dara Corner @ Kg Melayu JB

October 23, 2016


Assalamualaikum.

Dulu masa kecik-kecik, bila sedara mara balik kampung je, kitorang selalu makan dalam dulang :') 
masa makan berebut makanan, habis makan berlari sebab siapa lambat kena pi basuh dulang. Perangai kecik-kecik lagi dah macam apa. 

cerita pasal makan dalam dulang, kazen-kazen aku selalu nyorokkan sayur bawah nasik yg aku nak makan (dulu masa aku kecik-kecik, aku tak makan sayur kahkahkah). Silap orang lah der, ai ni jenis yang teliti bab sayur so kompem tak tertipu punya. Pastu bila aku tak termakan umpan, diorang mesti cakap, "Macam mana kau nak gemok, sayur pon tak makan!". aiceh, padahal sedara aku semua keding tak kiralah makan sayur ke tak.


ni makan dalam dulang style modern

tapi sekarang aku dah makan sayur. Ni semua gara-gara aku memang kuat makan tapi bila dah masuk asrama, memang susah lah nak melantak makanan banyak-banyak macam masa kat rumah kan. So terpaksa makan sayur. Terpaksa tau, sebab nak kenyang. Lepastu barulah aku rasa, laaaaa... tak jahanam sangat pon rasa sayur ni. Sedap jugak. Tapi rasa taugeh tetap jahanam. Full Stop.


kalau dah taugeh, kau menyamar jadi makanan Korea pon kau tetap taugeh.

So haritu aku & kawan food hunter baru (Hai Bibah!) pergi food hunting kat area Kampung Melayu. Sesat banyak kali dah walhal guna waze & google maps bila nak sampai ke kedai ni. rupa2nya kat simpang 3 jalan je. Address kena scroll bawah ya. kekeke


Bibah si kucing lapar - decoration dinding unik


Masa kitorang first tahu pasal kedai ni, biasalah ada orang share share kat facebook kan, kitorang ingatkan kedai ni mcm la cafe kat deretan rumah kedai ke apa. rupanya tak. Tapi open la tempatnya, which is not bad. Pastu decoration dinding kedai ni rare sikit. Entah piring itam band zaman bila diorang tampal kat sana tp nice! 

kalau lepas hujan minum air panas mmg kaw


atas siling

Kalau kau rajin tengok video instagram si Luqmanpodolski, diorang baling kamus. Kat sini, gantung kamus. Eh, kamus lah kot, tak macam novel. Ah, yang penting diorang gantung buku. End.


meja

Meja kitorang pulak memang sebenarnya pintu. Kerusi dalam kedai banyak guna kayu. Bahagian luar  baru diorang guna meja lipat & kerusi plastik biasa. 

Makanan pulak, nasik lemak pon ada tapi kitorang tengah feeling2 omputeh mix melayu kan, so kitorang order makanan dalam dulang ni. Banyak gila sampai rasa separa menyesal pon hado sebab makan berdua je! 

Fries, cheesy meatballs, bolognese, chicken chop, salad


Fries dia macam biasa sahaja, tapi meatballs ni diorang buat sendiri tau. Boleh tahan tapi kuah cheese tu sedap! Bolognese dia pulak memang cukup rasa & tak terlalu kering tapi tak berkuah melampau-lampau. Just nice dan sedap! Salad pulak sama je macam kedai lain kot haha sbb aku rasa semua salad sedap. Chicken chop dia ranguppp, sedap. Tapi kalau black pepper sauce tu lagi pekat, kompom lagi sedap & kaw. 


Overall, sedap, puas hati & murah! sedulang ni RM 39.00 dapat free air. Free coke atau Rootbeer kalau tak silap. Tapi masa kitorang datang tu tinggal Coke sahaja, so kitorang amek air suam jelah. Air suam pulak kat sini memang FOC kata tuan kedai :D



aucak! besar kan! i yang kanan (nak jugak bgtahu!)


P/s : Kalau nak order set dulang ni, pastikan korang bertiga atau berempat okay. Berdua serik sikit laaa sebab memang portion dia besar sangat, Kalau berempat memang cun sangat la. Sorang RM 10.00 je tapi kau kenyang & puas. Biasa spaghetti sahaja pon dah berbelas ringgit kann. Kalau kau dapat kawan yg baik, diorang bahagi-bahagi dulu sebelum makan. Kalau kawan jenis mintak penampar, dia habiskan terus yang mana dia suka. Jangan bawak kawan macamni k. Jangan. hahaha



Mak Dara Corner
No. 41, Jalan Sekolah Kampung Melayu Majidee.
Buka setiap hari kecuali Selasa,
5 petang hingga 1 pagi. 


UPDATE : THE RESTAURANT IS NOW CLOSED 


Till then, 
Thank you for reading this entry!

hani shubie





Post a Comment