ATOMY EVENING CARE 4 SET- REVIEW

November 9, 2020

 Assalamualaikum and hello semua!

PKPB start lagi, Johor pon dah kena kurung so please beware and follow SOP ya everyone. we're still not safe TT~TT

Okay back to my review. But first, i will use BM here tau, unlike my previous posts. 



||     ATOMY, TAK PERNAH DENGAR PON?          

I have been listening to my non muslim friend speaking about Atomy non-stop but dalam hati ada jugak fikir, bestnya join ATOMY tapi tak yakin la sebab tak pernah dengar langsung pasal Atomy ni. Entah bagus entah tak tu satu. Halal satu lagi jugak. Aku nak join buat apa wei kalau aku sendiri ragu-ragu hahah. Ramai non muslim tak berapa aware dengan what is Halal and what is not. Ramai tahu Halal tapi tak 100% tahu especially yang bab produk kongsi mesin dengan non-halal items (paling senang pork la kan). So ragu-ragu jugak la kan, sebab skincare banyak je yang tak ada logo halal tapi at least kita tahu dia ni plant based ke, ada ingredients derived from animals ke, vegan friendly ke kan. 


Tapi kawan aku ni bagus, dia banyak tanya macam mana Halal semua so aku ajar lah dia. Jadi bila food items atau benda pelik-pelik, dia tak promote kat aku. tapi produk yang ada logo Halal atau 100% plant based, dia suka sangat bagi aku try. 


Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku bukak instagram je nampak post Farah Lee dengan Atomy Vitamin C. Lama jugak I follow beliau ni dan kalau korang tak kenal Farah Lee, dia ni la pengasas clothing line OmmaEsabelle, dulu blajar kat Korea tau. Bila dia sendiri yang cakap pasal Atomy, terus I register pasal memang dia ni stay bertahun kat Korea, fasih Korea dan member Korea pon ramai. Plus, dia muslim dan tahu Halal ni macam mana kan. Settle bab ragu haha! 


Lepas selidik sana sini, rupanya ATOMY ni, barang dia sama kilang dengan Laneige, Lancome, MaryKay, Avon, Herbalife, Nature Republic, Etude House, Innisfree, dan macam-macam lagi. Kilang ni kilang kosmetik terbesar di asia tapi nampak tak brand apa yang kat atas tu? High end kan? exactly! 


KOLMAR


Atomy ni mendapat pengiktirafan dari Kementerian Sains Korea dan KAERI pulak memang institut Atom/ Nuklear negara Korea yang banyak buat research. Kat KAERI sahaja ada beratus ratus saintis dan researcher. Pastu ATOMY ada jugak dapat subsidi dari kerajaan Korea Selatan, sebab tu barang-barang Atomy ni high quality tapi harga takdelah mahal macam Mary Kay atau Laneige tu. 


Nak register pulak kena ada introducer, means kalau korang nak register tu kena inform sesiapa existing member nanti diorang tolong register (click SINI untuk register for FREE!)


||     HOW I CHANGED MY SKINCARE- TRUE STORY 😆          

Okay those who have been reading my review for years know that my skin is dry type, dan i memang avoid cleanser yang foam type. Kenapa? sebab most cleansing foam is bad for my skin type. Orang yang kulit kering ni better guna gel type cleanser atau cleanser yang tak berbuih. contohnya macam Cetaphil tu. 


I blogged about cleansing HERE if you wanna read it hehe


So sebelum ni aku guna Physiogel, lepastu rasa kaya sikit gunalah FRESH (even bought full sized pam botol tu hadoi). 2-2 pon memang okay untuk kulit kering sehinggalah ada Covid-19 dan semua orang kena pakai mask. Timbul lah masalah baru untuk semua orang iaitu maskne (Mask + Acne atau jerawat yang berpunca dari pemakaian mask).


Problem aku lain sikit, sebab semua start from white head yang tiba-tiba berlambak kat hidung dan tiba-tiba ada BLACKHEAD. Sebelum ni I tak ada blackhead tau, setakat white head tu normal lagi *nangis. 


Then I watched tiktok skincare. There's this trend where you use cleansing oil and rub it on your face for like, 30-40 minutes pastu blackhead akan tertanggal begitu sahaja. Ko rasa sebagai seseorang yang suka mencuba benda baru ni tak trigger ke tengok blackhead klua cmtu takpayah picit2 hidung sampai luka? hahah! Tak ada cleansing oil so saje lah nak try jugak guna cleansing balm, dah la tangan lenguh, mini whitehead je tanggal. Blackhead tak tanggal pon malah aku bangun tidur tengok cermin ada jeawat baru besar gila plak kat hidung. 

tsk tsk...

So member office tadi yang asyik cerita Atomy ni tadi, maybe dia nampak kot hidung aku yang semakin merah membara berjerawat, tambah pulak tangan aku yang tak duduk diam picit2 lagi jerawat tu. Dia siap pegi Daiso beli travel skincare bottles & picitkan Deep Cleanser & Foam Cleanser untuk aku cuba dan bagi Peeling Gel & Peel Off Mask suruh aku try kat rumah. Peeling Gel & Peel Off Mask tu memang dia bagi bawak balik 1 tub sebab seminggu guna sekali dua je so dia bagi aku pakai dulu. Jumaat pulang la sbb dia buat skincare routine ni time weekend je. 


Beriya kan dia suruh aku try haha. Honestly, aku try sebab desperate hidung aku cemni HAHA! sebenarnya aku suka recommend kat orang skincare tapi aku susah sikit nak percaya bila org recommend kat aku lagi-lagi brand yang aku xpernah dengar muahaha.


||     EVENING CARE 4 SET          

Evening care 4 set ni ada 4 item dalam 1 set. Korang boleh beli 1-1 (loose, each item RM34) atau beli je terus satu set RM128, jimat la sikit. Dalam satu set ni ada: 

1. Deep Cleanser (150ml)

2. Foam Cleanser (150ml)

3. Peeling Gel (120ml)

4. Peel Off Mask (120ml)



So tadi aku cakap kulit aku dry type & tak sesuai gunakan pencuci muka yang berbuih kan? guess what.... Foam Cleanser ni lain, serius! kulit first time tak tegang & kering lepas cuci tau! Oh ya, salah satu tanda kulit korang kering / pencuci muka tu tak sesuai dengan kulit korang = lepas cuci muka, kulit tegang dan rasa macam kalau senyum tu kulit tertarik cam boleh koyak je.

Cam ye ye taknak percaya mula-mula sebab agak susah nak jumpa skincare yang suits ALL skin types. Kalau ada pon harga kejam sangat tapi yang ni memang best dan harga tak kejam, serius.


Peeling Gel & Peel off mask besar ni (120ml)


Deep Cleanser & Foam Cleanser ni pulak 150ml. besar macamni


||     1. DEEP CLEANSER          

Okay korang pernah dengar tak double cleansing? Double cleansing ni penting tau untuk remove makeup and impurities lagi-lagi if korang pakai sunscreen. Basuh tak bersih tak sah wudhu' so jangan ambil ringan bab remove mekap ni tau. Klik SINI untuk baca pasal double cleansing

Untuk Korean pulak, diorang dah amalkan double cleansing ni berzaman lagi. korang tengok la diorang punya pakai toner pon ada yang sampai 10x haha. 

Deep Cleanser ni first step untuk double cleansing. Kalau korang ada guna makeup remover atau micellar water gitu, boleh skip dah dan terus guna Deep Cleanser. Kenapa? Sebab Deep Cleanser ni minyak dalam bentuk creamy paste. Sama macam cleansing balm dan cleansing oil, cuma texture yang berbeza. 


Ingredients for Deep Cleanser 


Cara Guna:

1. Apply dalam 1 ruas Deep Cleanser kat muka yang kering + ada makeup, massage

2. Massage in circular motions, start dari bawah (dagu) ke atas (dahi)

3. masa massage ni korang massage je seluruh muka macam guna cleansing oil/ balm

4. Basahkan sikit tangan, dan sambung massage muka - masa ni korang akan perasan air kat tangan korang tadi jadi milky. Sama je macam guna cleansing balm kan?

5. Bilas dengan air. Kulit korang akan rasa berminyak sikit, tu normal. teruskan dengan cleansing foam. Steps kat bawah nanti okay!


Deep cleanser tu putih macamni

lepas korang rub ke kulit, dia akan berubah jadi minyak macam oil cleanser

lepas cuci dengan air atau air suam. tadaa! makeup tanggal.

Tips: Guna deep cleanser sehari sekali sahaja. jangan double cleanse waktu pagi, just waktu petang balik kerja untuk remove mekap sebelum tidur sahaja okay :D


My Review:

Pros:

🍨 Cream-oil type. takpayah risau tumpah!

🍨 Betul-betul berkesan untuk tanggalkan makeup & impurities

🍨 Senang untuk digunakan

🍨 Menanggalkan Whitehead DAN Blackhead dengan cemerlang oi! serius!

🍨 Hygenic- sebab dalam tub so picit je tak perlu masukkan jari dalam bekas

🍨 Affordable - 150ml harganya RM34 sahaja 


Cons:

✂ Sebab ni first step of double cleansing method, kena guna cleansing foam lepastu. So, tak boleh guna ini sahaja. 


||     2. FOAM CLEANSER          

Okay foam cleanser ni special. Kenapa? sebab is betul-betul sesuai dengan semua jenis kulit tapi harga tak sekejam FRESH soy cleanser yang juga sesuai untuk semua jenis kulit. 


I dah bertahun tau tak pakai foam cleanser sebab foam cleanser ni sbenarnya tak baik untuk kulit kering sebab ia akan strip off semua moisture kat kulit korang dan membuatkan kulit korang makin kering. So hasilnya dulu kalau I guna foam cleanser, I pergi keje dengan kulit kat pipi dan paling banyak kat bahagian kiri kanan tepi bibir tu.


Macam . air . liur . basi . 


Padahal masa tu bukan setakat toner, emulsion pon I guna to avoid dry skin tau. then kulit jadi okay lepas guna Physiogel je. So memang I sangat sokong la kenyataan dry skin people should avoid foam cleanser start dari masa tu.


So bila nak try ni I cam redha gila la. Kalau kulit aku berkerak-kerak semula aku datang dekat muka kawan tu tunjuk sebab kulit kitorang tak sama jenis tapi yakin je dia ni nak introduce. Tapi after 2 days pon, kulit I rilek je tak ada kering. lepas cuci pon tak rasa tegang. Tapi mekap semua bersih. So aku guna jelah tanpa banyak tanya dalam masa seminggu.


Means 1 kali je guna Peeling Gel & Peel Off Mask lepastu pulang kat kawan, then teruskan guna Deep Cleanser dan Foam Cleanser sampai habis bekas kecik yang kawan picitkan tu. and guess what...


LEPAS SEMINGGU BLACKHEAD & WHITEHEAD KAT HIDUNG 80% BERKURANG WEH!!! 


Petang tu jugak I bukak Atomy & checkout 1 set hahahahaha!


Ingredients for Foam Cleanser 

Cara Guna:

1. After using Deep Cleanser, muka tu biar je basah tak perlu keringkan

2. Picit Foam Cleanser besar kacang tanah je, basahkan sikit tangan & buat buih. Kalau ada foam maker daiso ke, yang jaring-jaring untuk buat buih tu boleh guna. lagi halus & banyak buih, lagi bagus.

3. Apply buih tadi kat muka & teruskan mcm guna pencuci muka biasa 

4. Bilas & keringkan muka.


aku guna sikit ni je untuk 1 muka. tapi buih banyak!
Buih halusssss

Lepas cuci. Bersih kaaan? tapi kulit tak tegang pon. 


P/s : keringkan muka dgn cara pat towel kat muka tau, bukan lap sapu-sapu tu okay! 


My Review:

Pros:

🍨 First foam cleanser yang tak mengeringkan kulit, even though kulit aku jenis kering!

🍨 Muka betul-betul bersih dari makeup & kotoran

🍨 Tak ada rasa kulit tegang lepas guna

🍨 Nice packaging & hygenic

🍨 Guna sikit je tapi buih banyak dan lembut

🍨 Affordable - 150ml harganya RM34 sahaja!

🍨 Sesuai walaupon untuk kulit kering


Cons:

✂ Malas nak buat buih kengkadang hahaha. bye :P


||     3. PEELING GEL          

Okay Peeling Gel ni korang guna seminggu sekali atau dua je max. Jangan guna hari-hari pulak okay. Peeling gel ni texture dia macam aloe vera gel sikit & warnanya jernih. Seronok gak tau guna peeling gel ni sebab lepas 1 ke 3 minit tu korang rubmuka korang, akan ada cam ketul-ketul daki putih nanti lagi-lagi bila first time buat. 


Cam omaigod kotoq gila kulit aku! ha gitchewww


Peeling Gel ni jernih je

Ingredients for Peeling Gel

Cara Guna:

1. Pastikan kulit tengah kering

2. Sapu Peeling Gel ke seluruh muka, tapi elakkan bahagian mata. Jangan sapu tebal sangat.

3. Biar dalam 1 ke 3 minit

4. Massage kulit bentuk bulat-bulat start dari dagu sampai dahi untuk exfoliate kulit mati. Masa ni korang akan nampak bebiji hasil kulit mati dan kotoran dari kulit korang. 

5. If kulit korang sensitive, tak payah massage lama sangat, buat cukup syarat je.

6. Bilas & keringkan muka


hasil rub kat kulit korang. kalau korang first time buat laaaagi banyak putih-putih ni tau

My Review

Pros:

🍨 Masa untuk step ni tak lama, 1-3 minit je

🍨 Lepas bilas muka obviously muka nampak cerah sikit 

🍨 Kulit rasa bersih 

🍨 Packaging memang Hygenic, sebab picit je

🍨 Affordable - 120ml harganya RM34 sahaja! pakai pulak seminggu sekali je! (nak 2 kali pon boleh tapi takpayah kerap sangat)


Cons:

✂ If you kulit kering macam i, jangan biar lama sangat sebelum gosok. One time i terbiar lebih 3 mnit sebab i pakai sambil2 kemas rumah, bila basuh okay. tapi esoknya nampak la kulit kering haha! pakai cukupkan syarat je okay! 


||     4. PEEL OFF MASK          

Sebenarnya haritu aku terbeli April Skin Calendula mask yang berhantu tu sebab bukak socmed semua penuh iklan kot hahah! review kat SINI. Sekali bila try Atomy Peel Off Mask ni... I is menyesal terbeli April Skin tu hahahah (mostly sebab function Atomy ni dah cukup okay dan harga separuh dari AS haha sekian)


I cuak sikit nak guna peel off mask sebelum ni sebab banyak produk jual peel off mask yang bila tarik tu keluar semua whitehead dalam-dalam besar gila pulak tu. Peel off mask macam tu tak elok ya korang, sama macam peel off pack yang untuk hidung tu. Sebab yang jenis macamtu agak kasar dan tak sesuai untuk kulit sensitive. Omputih kata, irritating our skin. 


Tapi untuk Peel Off Mask Atomy ni, korang memang takkan dapat la yg keluar blackhead whitehead sampai nangis-nangis nak tanggalkan mask ni dari muka korang. Tak ada advanced macamtu dan sebabnya mask ni sangat gentle, dan melembapkan kulit korang, minimize pores sekaligus melembutkan tau. Kulit memang nampak supple & lebih cerah lepas pakai mask ni. kalau macam April Skin tu, kulit akan rasa supple tapi tak nampak lebih cerah. 


Pastu lepas pakai mask ni, kalau rasa nak terus sambung tidur n tanggalkan esok pagi pon boleh. Cuma kalau aku, aku memang tanggalkan je terus sebab takut bangun habis katil bersepah ke apa. Tapi aku paling takut bukan tang sepah tu. aku takut aku terlelap, mask ni tak kering lagi pastu habis bantal hahahah. Sebenarnya mask ni bila korang peel off, dia akan tanggal terus 1 muka tak koyak-koyak. Tak ada sepah sangat pon cuma bila dah tidur kan, sedar apa ahaha.


Ingredients for Peel Off Mask


Cara Guna:

1. Pastikan kulit kering

2. Kalau korang nak pakai sambil tidur, sila apply toner / emulsion dulu sebelum pakai mask ni 

3. Apply even layer, jangan nipis sangat nanti susah nak peel off

4. Again, sila avoid area mata. Tak payah guna area eyebags tu sebab kulit area eyebags sangat sensitive dan nipis. 

5. Tunggu 30 minit atau sampai mask ni kering sebelum tanggalkan. Sambil-sambil tu boleh lipat baju hahah!

6. Tanggalkan start dari dagu ke dahi

7. Lepas tanggalkan, boleh teruskan rutin skincare korang (serum ke, night cream ke)


Tips : Untuk area bawah mata, korang kena gunakan skincare khas bawah mata sebab kulit muka area lain tak sama dengan kulit bawah mata. Pernah kan guna product skincare untuk 1 muka tapi bawah mata macam makin gelap & teruk? tu sebab krim tu tak sesuai untuk kulit bawah mata korang then akan irritate kulit bawah mata dan eyebags / dark circle korang jadi makin teruk.



My Review:

Pros:

🍨 Harga separuh dari AS tapii lagi suka yang ni 

🍨 Boleh pakai sampai pagi sambil tidur

🍨 Bersih- tak bersepah bila peel off sebab peel off sekaligus sehelai (tak koyak-koyak)

🍨 Again- Hygenic sebab mask ni dalam tub.

🍨 Hydrating & mencerahkan kulit

🍨 Rasa fresh masa apply kat kulit

🍨 Sesuai untuk kulit sensitive

🍨 Tak buatkan kulit korang merah-merah dan tak sakit pon masa tanggalkan


kejadian bila korang sapu Peel-Off Mask

tadaaaaa! koyak sekali go je


Cons:

✂ Kena pakai tebal sikit baru senang nak koyak. Means dia tak cukup pejal macam April Skin. Tapi tak ada masalah pon sebenarnya hehe


||     WHAT I RECOMMEND          

So overall adakah aku akan recommend Atomy Evening care 4 set? YES! First step kalau korang nak try tapi nak try satu-satu, aku syorkan korang try Deep Cleanser dulu. Kenapa bukan Foam Cleanser? sebab pada aku, Deep Cleanser ni memang star product. Korang dah takpayah guna mekap remover sebab memang Deep Cleanser ni untuk tanggalkan mekap pon, guna sekali sahaja sehari iaitu pada waktu petang atau malam bila korang nak tanggalkan mekap. Dan Deep Cleanser ni tanggalkan semua kotoran kat kulit korang, termasuk white head dan black head! 


Pastu pastu, korang takpayah guna kapas muka kalau guna Deep Cleanser. kalau nak guna pon boleh tapi taknak guna pon tak apa. Kalau aku memang tak guna la. Jimat kapas dan kulit pon tak lah irritate sangat sebab selalu kena gosok dengan kapas tu.



Plus kalau  pencuci muka korang still ada, korang boleh je gunakan deep cleanser dengan pencuci muka korang tu. Nanti pencuci muka korang habis barulah beli Foam Cleanser Atomy okayy.


Tapi usually orang yang nak try memang akan try both Deep Cleanser dan Foam Cleanser. hehe. For me, aku memang suka Foam Cleanser tu tapi maybe akan try cari pencuci muka Atomy yang gel pulak sebab I prefer gel type. yelah dah bertahun guna yang gel kan haha. aku tengah eyeing their Cica Gel Cleanser tapi belum masuk pasaran Malaysia lagi. Kalau nak beli kena direct Korea. Disebabkan pencuci muka aku banyak lagi, aku rela tunggu haha!


||     HOW TO PURCHASE          

Harga memang murah, RM34 sahaja per tube dan kalau korang terus beli 1 set tu RM128 sahaja. korang boleh click SINI dan akan terus directly bukak ATOMY WEBSITE. Boleh la checkout sendiri dan usha apa lagi yang available kat ATOMY


Kalau korang masih belum register as member, click link NI untuk direct whatsapp dan register as member. Step register tu je yang leceh sebab kena ada introducer. Sebab macam shopee lazada semua tu korang boleh register sendiri kan, ATOMY tak boleh. Selepas korang register, boleh laa checkout sendiri dah semua barang kat website. bayar guna credit card pon boleh!



So soalan biasa yang aku akan jawab kat every post:

Will I repurchase this?
YES!!!!

Will I recommend this to my friends?
Hell YES!!!


Till then,
Thank you for reading this entry

hani shubie



7 comments

  1. Hye there.. I just nak tahu, u pakai set ni kan, ada pakai dgn product lain tak? Like essence ke toner ke? Or daily routine u memang pakai both cleanser je?
    Thanks in advance😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! Of course ada, i pakai toner & moisturizing cream. This set is just for cleansing step. untuk toner, essence etc tu u kena proceed macam biasa :D

      Delete
  2. yes memang Prodak Atomy sumpah best,sis try mild cleansing water,then terus excited oder evening set,deep cleanser tu bgi sis(cleansing milk)bagus utk remove makeup coz kulit tak rasa kering&kulit rasa bersih,weekly routine apply mask hydrating 3x,suami ckp kulit muka nmpk lembut&cerah,hepi gilos n now mmg tk tinggal eye cream,UV protector,lip balm ,ubat gigi shampoo suma dah tukar atomy dan yg best harga mmg tersangatmurah berbanding X brand yg sis pakai dulu,quality lebih baik,mmg jatuh cinta dgn skincare set atomy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu! sy pon melekat je ni lagi2 sunblock. taknak sunblock lain dah hehehe

      Delete
  3. Hai Hani, saya newbie baru nak try Atomy, cause im having breakouts because of using skincare yang contain mercury tu. And yeah, saya pun first time dengar pasal produk Atomy, dan sangat2 excited nak pakai. I would like to ask your opinion regarding on Atomy which is Firdaus Wong dia cakap syarikat Atomy ni menyebarkan misi kristianisasi. Tapi menurut saya, selagi kita tak tergolong dalam misi macam tu ianya tak salah kan untuk kita guna?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum warahmatullahi warahbakatuh.. Hai sis Hani nak tanya sikit cara pemakaian product Atomy ni, untuk kegunaan siang selepas bersihkan muka sy lanjutkan dgn 1=capsule essence 2=hydra brightening cream 3=absolute essence sun dan 4=absolute BB cream.
    Untuk kegunaan mlm pula selepas bersihkan muka sy 1=capsule essence 2=absolute spot out essence dan 3=hydra brightening cream. Adakah langkah pengunaan product sy ini betul atau salah? Terima kasih

    ReplyDelete
  5. First time guna produk atomy...lepas pakai smua evening care 4 set dn toner muka rasa ringan je...hrp2 sesuai dgn kulit i.

    ReplyDelete