Assalamualaikum.
Dulu masa kecik-kecik, bila sedara mara balik kampung je, kitorang selalu makan dalam dulang :')
masa makan berebut makanan, habis makan berlari sebab siapa lambat kena pi basuh dulang. Perangai kecik-kecik lagi dah macam apa.
cerita pasal makan dalam dulang, kazen-kazen aku selalu nyorokkan sayur bawah nasik yg aku nak makan (dulu masa aku kecik-kecik, aku tak makan sayur kahkahkah). Silap orang lah der, ai ni jenis yang teliti bab sayur so kompem tak tertipu punya. Pastu bila aku tak termakan umpan, diorang mesti cakap, "Macam mana kau nak gemok, sayur pon tak makan!". aiceh, padahal sedara aku semua keding tak kiralah makan sayur ke tak.
ni makan dalam dulang style modern
tapi sekarang aku dah makan sayur. Ni semua gara-gara aku memang kuat makan tapi bila dah masuk asrama, memang susah lah nak melantak makanan banyak-banyak macam masa kat rumah kan. So terpaksa makan sayur. Terpaksa tau, sebab nak kenyang. Lepastu barulah aku rasa, laaaaa... tak jahanam sangat pon rasa sayur ni. Sedap jugak. Tapi rasa taugeh tetap jahanam. Full Stop.
kalau dah taugeh, kau menyamar jadi makanan Korea pon kau tetap taugeh.
So haritu aku & kawan food hunter baru (Hai Bibah!) pergi food hunting kat area Kampung Melayu. Sesat banyak kali dah walhal guna waze & google maps bila nak sampai ke kedai ni. rupa2nya kat simpang 3 jalan je. Address kena scroll bawah ya. kekeke
Bibah si kucing lapar - decoration dinding unik
Masa kitorang first tahu pasal kedai ni, biasalah ada orang share share kat facebook kan, kitorang ingatkan kedai ni mcm la cafe kat deretan rumah kedai ke apa. rupanya tak. Tapi open la tempatnya, which is not bad. Pastu decoration dinding kedai ni rare sikit. Entah piring itam band zaman bila diorang tampal kat sana tp nice!
kalau lepas hujan minum air panas mmg kaw
atas siling
Kalau kau rajin tengok video instagram si Luqmanpodolski, diorang baling kamus. Kat sini, gantung kamus. Eh, kamus lah kot, tak macam novel. Ah, yang penting diorang gantung buku. End.
meja
Meja kitorang pulak memang sebenarnya pintu. Kerusi dalam kedai banyak guna kayu. Bahagian luar baru diorang guna meja lipat & kerusi plastik biasa.
Makanan pulak, nasik lemak pon ada tapi kitorang tengah feeling2 omputeh mix melayu kan, so kitorang order makanan dalam dulang ni. Banyak gila sampai rasa separa menyesal pon hado sebab makan berdua je!
Fries, cheesy meatballs, bolognese, chicken chop, salad
Fries dia macam biasa sahaja, tapi meatballs ni diorang buat sendiri tau. Boleh tahan tapi kuah cheese tu sedap! Bolognese dia pulak memang cukup rasa & tak terlalu kering tapi tak berkuah melampau-lampau. Just nice dan sedap! Salad pulak sama je macam kedai lain kot haha sbb aku rasa semua salad sedap. Chicken chop dia ranguppp, sedap. Tapi kalau black pepper sauce tu lagi pekat, kompom lagi sedap & kaw.
Overall, sedap, puas hati & murah! sedulang ni RM 39.00 dapat free air. Free coke atau Rootbeer kalau tak silap. Tapi masa kitorang datang tu tinggal Coke sahaja, so kitorang amek air suam jelah. Air suam pulak kat sini memang FOC kata tuan kedai :D
aucak! besar kan! i yang kanan (nak jugak bgtahu!)
P/s : Kalau nak order set dulang ni, pastikan korang bertiga atau berempat okay. Berdua serik sikit laaa sebab memang portion dia besar sangat, Kalau berempat memang cun sangat la. Sorang RM 10.00 je tapi kau kenyang & puas. Biasa spaghetti sahaja pon dah berbelas ringgit kann. Kalau kau dapat kawan yg baik, diorang bahagi-bahagi dulu sebelum makan. Kalau kawan jenis mintak penampar, dia habiskan terus yang mana dia suka. Jangan bawak kawan macamni k. Jangan. hahaha
Mak Dara Corner
No. 41, Jalan Sekolah Kampung Melayu Majidee.
Buka setiap hari kecuali Selasa,
5 petang hingga 1 pagi.
UPDATE : THE RESTAURANT IS NOW CLOSED
Till then,
Thank you for reading this entry!
hani shubie
Assalamualaikum & haiii
Pernah tak rasa bersalah tapi tak tahu nak buat macam mana or, rasa bersalah tapi nak jugak buat. Or rasa bersalah tapi tak tahu plak kenapa nak rasa bersalah, or rasa bersalah tapi macam tak patut pulak rasa tu timbul. Eh apa ni apaaaaa?
Kebelakangan ni aku kerap gila rasa bersalah. Mula2 rasa bersalahnya wei kat sahabat yang nak melangsungkan perkahwinan beliau bulan ni. I am too busy that I couldn't even attend her wedding caremony TT~TT.
yesss, I just started working with my current employer (and so far, Alhamdulillah, everything's great!), and too bad I can''t request for any leave (yet) and my friend's wedding will be held at Besut. JB-Besut-JB is possible in a day, true with kapal terbang and stuffs, but due to some other reason I can't mention and I don't know how I can explain, i still can't make it. Guilty satu.
And my best friend just gave birth to a very cute lovely baby girl named Hikmah yesterday. And I can't be there on that day! gahhhhh! guilty, tahu? Guilty! It's okay baby Hikmah, Aunty Hani will come a.s.a.p. nnti and hug you n kidnap you home. grrrr.... Guilty dua.
So, with those guilty feelings i have, i went out to lunch and saw Big Apple dounts pastu be like, okeh harini aku nak beli gak donat2 tersebut lantak lah dah lunch pon. Bila bukak wallet pula, rasa guilty sebab banyak sangat keluarkan duit dari wallet tanpa berfikir panjang bulan ni. Lagak macam kat rumah ada mesin print duit. Guilty tiga.
Kat Big Apple yg berapa ringgit kau rasa bersalah, kat shopping website masa ko tekan-tekan bayar tu tak bersalah pulak ye Hani ye. Guilty tak kena tempat.
err... guilty pleasure?
Setelah menaip entry ni, rasa guilty lain datang.
.
Guilty tulis blog masa kerja.
dah, sambung kerjaaaaa!
Till then,
Thank you for reading this entry!
hani shubie
Siapa suka makan kambeng dan nak makan kambeng banyak banyak angkat tangan! *angkat tangan sambil diri terus*
Aku ni kurus je, tapi masalah aku ialah aku ni kuat makan. Orang asyik cakap "untungnya kau makan banyak pon tak gemok!".Alhamdulillah, untung la jugak tapi poket sakit sikit lah dik non. Sebab portion makan aku besar, kalau makan tak cukup, berat turun k, turun. #nangis #masalahorangkurus
Sambung pasal makan. So kalau makan kambeng versi omputeh ni biasanya portion diorang besar tapi manakan sama dengan nasi campur yang kau boleh letak banyak ikut suka hati korang, ye dak?
Pernah dengar pasal Seventees Cafe? dekat je dengan Aeon Bukit Indah, seventees cafe ni cafe tapi kat kedai perabot Jawhari Jati. So, fefeeling makan cam kat rumah tu ada lah sikit, santai. Aku kalau nak makan kambing, memang kalau boleh nak ke sini. aiceh promote lebih.
korang nampak size macam biasa je tapi jangan tertipu.
i always regret posting the review long after i ate the food because like now, i want to eat these kambing badly. Gahhh stress. Oh, nama makanan ni is Giant Lamb Rack RM 55.00 for 3-4 pax.
See, besar kan? We (2 orang je) can't finish it the first time we came. But on the second time, masa kitorang order je Giant Lamb Rack ni, brader kat kedai tu dah tarik muka pelik. Maka terjadilah dialog antara kami (Diorang, I mean. aku tukang sengeh kambing je tengok expression muka brader tu)
Abang kedai : Eh, besar tau Giant Lamb Rack ni!
My Partner : Ha, takpe. confirm 1
Abang kedai : Ni portion dia besar tau! boleh habis ke?
My Partner : Takpe, boleh habis hehe
Abang kedai : Ni portion untuk 3-4 orang tau.
Me : (tahan gelak)
My Partner : takpe, boleh bang. habis punya ni.
(ayat telah diubahsuai mengikut suka hati penulis)
dan yes, licin. hahahaha!
Oh yaaa! Giant Lamb Rack ni dituang dengan sos bbq tau. so kalau korang ni mengada macam aku, maka boleh la request black pepper sauce. Aku kurang suka bbq sauce sejak azali n kalau boleh semua nak black pepper sauce. Tapi abang akak kedai akan nasihatkan yang Lamb ni lg umph kalau cmpur dengan bbq sauce instead of black pepper. Tapi kalau korang degil jugak macam aku, like, I tak kira I nak jugak black pepper sauce (sambil buat gaya datin2), go ahead. Mintak 2 kuah, asingkan. Problem solved!
Bubur Nasi set RM 7.00
Salmon Grill with lemon butter sauce RM 17.00 per set
Meatball set with Cheesy Wedges RM 7.00 per set
Ubi Rebus with sambal ikan bilis & udang masin RM 4.00 per set
Acah wow sangat lah padahal gambar semua aku curi kat FB page diorang kat SINI. Masa tu tak terfikir pon nak start blogging jadi amik gamba untuk instagram semata jelah. dapat yang cantik, simpan sekeping lain delete. Ini namanya kedekut storage. kahkahkah.
Menu lain
Address Seventees Cafe :
Jawhari Jati Furniture
Jalan Indah 16/12, Taman Bukit Indah,
Subscribe to:
Posts (Atom)