Assalamualaikum.
Aku selalu sangat mengidam makanan Korea, tapi tempat nak dapatkan halal korean food kat Malaysia ni limited sangat-sangat. Kalau dah ke Seoul Garden tu maknanya mengidam habis lah tu. Tapi seoul garden mana ada tteokbukki, Kimchi jiggae segala bagai kan.
Nak masak korean food ni pulak, bahan-bahan limited. Mana nak cari Gochujang (Korean Chili Paste) kalau tak ke supermarket. Tu pon bukan semua supermarket ada. Tapi kalau ada pon, tak ada logo Halal. Gigih juga aku mencari resipi Gochujang ni, tapi lagi complicated je nak ke kedai mencari bahan yang betul. Sini kan Malaysia, belacan banyak lah :')
Kadang-kadang tengah kerja, aku take 5 kejap bukak la facebook. Kemain korang ya share video masak-masak Korea. Pastu aku terjebak tengok semua sambil telan air liur, sampai nak take 5 jadi take 30 minit dah. Boom shakalaka betul.
gambar curi je mampu :')
Sebenarnya lama dah aku usha Gochujang kat Aeon, Giant tu semua. Tapi tak berani beli sebab takde logo Halal. Tahan jelah dari main telan je semua benda kan. Nak dijadikan cerita, satu hari ni aku tak tahan meleleh air liur weh tengok video kat bawah ni. Acah-acah nak buat sendiri jugak lah kan tapi aku tahu, aku sangat memerlukan Gochujang tu sebab haritu aku masak Samyang letak daging burger je pon dah kering & tak pedas.
Jangan tanya apa menu dinner aku malam ni.
Dengan penuh harapan, aku Google "Halal Korean Food in Malaysia". Aiceh!
jumpa page ni
Berkat kesabaran aku tahan nak beli yang kat supermarket semua tu sebab takde logo Halal, aku jumpa jugak page ni. Bohong la kalau aku setakat senyum lebar je, siap melompat bagai & terus kepoh nak try masak semua benda. Sebelum melompat, lari tempat yang CCTV tak nampak dulu tau. Pesanan ikhlas, jangan kasi boss nampak perangai tak senonoh kita. kah kah kah.
Kebetulan masa aku jumpa page ni, diorang baru nak bukak preorder. Kena stalk lah nak tahu apa yang diorang jual, feedback customer semua kan. dan aku terjumpa post INI. Bila dah tahan diri lama dari beli barang-barang yang depan mata sebab tak ada logo halal tu, tiba-tiba terbukti pulak memang betul benda tu tak halal & contains Alcohol (μ£Όμ ), lega & syukur sangat!
Ni hasil menahan diri dari beli semua barang. π
Kalau korang rasa korang mampu nak juling mata cari perkataan μ£Όμ kat dalam ingredients tu, silakan laah. Tapi bukan Alcohol je, Pork, semua semua korang kena tahu :') . Sedangkan yang dalam tulisan rumi pon blur habis baca ingredients kan, ini lagi la tulisan Korea. Kecik besar kecik besar je font tu ak tengok. Cara paling mudah, takde logo halal takpayah la beli. Melainkan korang pernah stay sana & tahu selok belok makanan sana & arif dalam membaca tulisan korea serta tahu makna tulisan tu. Bukan apa, even kicap korea & air Aloe Vera jugak mengandungi Alcohol tau (info dari SINI). Snack kacang goreng cincai-cincai pon bila check ada pork tau!
Tapi kat page Faiza.Amer Halal Korean Kitchen ni, korang tak payah risau. Makanan termasuk Gochujang, Kimchi & Rice cake tu diorang buat sendiri tau. Dijamin Halal gitew. Oh ya, tahu tak rice cake tu pon ada yang tak halal? Ha, nak lebih info, korang boleh terjah page Halal Korea.
Tapi kat page Faiza.Amer Halal Korean Kitchen ni, korang tak payah risau. Makanan termasuk Gochujang, Kimchi & Rice cake tu diorang buat sendiri tau. Dijamin Halal gitew. Oh ya, tahu tak rice cake tu pon ada yang tak halal? Ha, nak lebih info, korang boleh terjah page Halal Korea.
:D
Tak bersepah, tak ada pecah. *Happy*
Alhamdulillah, aku puas hati dengan service Diorang ni. Barang sampai on-time, packaging elok, Gochujang sedap, tapi paling aku suka, rice cake diorang. Kenyal-kenyal gebuuuu je tau bila kunyah tu. Sebelum ni aku pernah makan tteokbokki, maybe rice cake tu kurang masak kot. Entahlah tapi agak keras n terlalu kenyal. Dalam hati macam, wei gigit pon tahuuu tak lembut macam dalam tv TT~TT . Tapi yang ini feeling dia tu wuuuuuu seronokkk sampai muak aku makan sebab seronok kunyah-kunyah. Gochujang cukup rasa, Kochukaru pon elok, tak ada masuk angin atau berketul-ketul. Serius puas hati sangat!
My tteokbokki.
Masa first time buat tak ada daun bawang, so aku bantai letak bawang. Kalau bab masak & malas kluar beli barang, I am the master of "Campak Sahaja Apa Yang Ada" π . But please, tolong ikut resipi.
Untuk order yang basah-basah ni, korang kena check dulu tau kawasan korang tu available tak untuk service Cool TaQBin. Klik je kat TaQBin dan masukkan poskod korang. Kalau ada, hoorayyy! kalau tak ada, jangan sedih dulu. Check kat SINI untuk senarai agent sah Faiza.Amer ni. Ada jugak agent yang buat food delivery tau. Order je untuk lunch, settle. Tak payah masak penat-penat heeee pemalasnya ai kbai.
Paling best pasal page ni, diorang ada jugak ajar cara-cara nak masak masakan Korea tau. Bukan setakat info pasal barang halal atau tak sahaja, kalau korang memang hantu makanan Korea, sila lah jengah page tu tau!
Balik kampung ni aku nak try buat kimchi dengan ibu. Ibu suka makan kimchi rupanya padahal kalau drama Korea, takde lah excited sgt aku tengok beliau tu. Macam tak tengok pon ada. Sekarang aku tahu, kenapa kalau aku beli Kimchi, bukak peti sejuk je makin kurang walhal semua kat rumah acah-acah tak suka Kimchi. Budu lagi sedap kata mereka, tapi pelik sebab luak. Ibu rupanya wahahaha comelnyaaa my mom! Tekak korea rupanya wakakaka.
Oh ya, semalam diorang bukak preorder, ada ice cream... *nangis*
jom join ahkak beli ice cream hehe
Nak tahu cara order, boleh klik SINI.
Nak tengok review boleh klik SINI.
Nak pm order SELEPAS baca step semua semua, klik SINI.
List agent sah klik SINI.
Nak tengok minah cantik, klik SINI.
K gurau.
#potterhead
Till then,
Thank you for reading this entry!
hani shubie
Thanks Cik Shubiha for the feedback πππ
ReplyDeletehehe sama-sama! insyaAllah nak order lagi nanti.
DeleteMacam mana proses sy nk order ye?? Ada no whattapp
DeleteThanks cik, nak try la order kat recomended awak. Same laa tahan liur hari2 tengok korean drama makan tteokboki π
ReplyDeleteMacam mana nak order..ada contact nmbr tak..
ReplyDeletesenang je nak buat
ReplyDelete